Misteri Gunung Ledang, Terdapat Seorang?

Misteri Gunung Ledang Apakah Memiliki Seorang Puteri Jin Atau Bunian

 

Para Peneliti legenda Puteri Misteri Gunung Ledang memangnya menimbulkan seribu persoalan lantaran terdapat versi cerita Sultan Mahmud Shah yang membina jambatan emas dari Melaka ke gunung Johor sebagai syarat peminangan puteri itu.

Akan tetapi, sehingga sekarang jambatan kira-kira 40 kilometer itu masih gagal ditemui sekaligus menyebabkan ramai pihak sangsi akan kesaksian kisah mahsyur berkenaan.

Cerita Puteri Gunung Ledang memangnya terkenal dan dicatatkan dalam kitab Melayu lama, antaranya Salalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan Hikayat Hang Tuah selain diperturunkan secara lisan dari pada generasi lama ke generasi baru.

Justru ada banyak versi kisah puteri jelita berkenaan dan satu dari pada versi itu bermula dengan kemangkatan permaisuri Sultan Mahmud Shah yaitu Sultan kelapan dan terakhir memerintah Kerajaan Melaka dari tahun 1488 hingga 1511.

Orang bunian

Akibat kematian permaisurinya, Sultan Mahmud menitahkan Hang Tuah yang sudah tua selain Sang Setia dan Tun Mamat melamar Puteri Gunung Ledang yang amat jelita. Ada versi mengatakan puteri itu bukanlah manusia sebaliknya orang yang bunian.

Maka rombongan peminangan dihantar dan selepas beberapa hari meredah hutan, akhirnya Tun Mamat bersama pengiring tiba di Misteri Gunung Ledang. Hang Tuah yang uzur gagal meneruskan pendakian manakala Sang Setia menemani Hang Tuah.

Selepas lama mendaki menelusuri hutan tebal, Tun Mamat tiba di taman indah di atas gunung. Mereka kemudian menemui ketua dayang kepada Puteri Gunung Ledang dan menyampaikan hajat peminangan Sultan Melaka.

Selepas lama menunggu jawaban, akhirnya datang seorang nenek bongkok menyampaikan syarat tujuh hantaran Puteri Gunung Ledang yaitu :

“Jembatan emas dari istana Melaka hingga ke puncak Gunung Ledang , jambatan perak dari puncak Gunung Ledang ke istana Melaka , tujuh dulang hati nyamuk , tujuh dulang hati kuman , tujuh tempayan air mata anak dara , tujuh tempayan air pinang muda dan semangkuk darah Raja Muda Melaka.”

 

PASARAN

PREDIKSI MBAH JITUĀ TOP 2D

KLIK

PASARAN KENYA

01 04 03 00 31 34 33 30 61 64

SELENGKAPNYA

PASARAN SYDNEY

92 93 95 99 62 63 65 69 52 53

SELENGKAPNYA

PASARAN BELGIUM

53 52 58 55 63 62 68 65 83 82

SELENGKAPNYA

PASARAN COLOMBO

89 83 86 88 69 63 66 68 19 13

SELENGKAPNYA

PASARAN GIRONA

59 57 56 52 69 67 66 62 49 47

SELENGKAPNYA

PASARAN SCOTLAND

53 59 58 55 83 89 88 85 63 69

SELENGKAPNYA

PASARAN SINGAPORE

30 31 33 37 50 51 53 57 70 71

SELENGKAPNYA

PASARAN MACAU SWEEP

68 60 62 66 28 20 22 26 38 30

SELENGKAPNYA

PASARAN JAMAICA

01 02 04 00 41 42 44 40 71 72

SELENGKAPNYA

PASARAN SYDNEY BALLS

93 95 99 97 13 15 19 17 73 75

SELENGKAPNYA

PASARAN UGANDA

03 02 05 00 53 52 55 50 63 62

SELENGKAPNYA

PASARAN HONGKONG

02 03 09 00 12 13 19 10 92 93

SELENGKAPNYA

PASARAN NICARAGUA

32 36 38 39 82 86 88 89 92 96

SELENGKAPNYA

PASARAN SLOVAKIA

56 53 55 57 76 73 75 77 86 83

SELENGKAPNYA

PASARAN MACAU LOTTERY

46 40 47 44 76 70 77 74 26 20

SELENGKAPNYA

 

Tun Mamat terkejut mendengar syarat yang mustahil dipenuhi itu. Beliau kemudian turun menemui Hang Tuah dan menceritakan hal yang terjadi.

Sultan menjadi zalim

Secara tersirat, Hang Tuah sedar peminangan Sultan ditolak secara kiasan oleh Puteri Gunung Ledang. Lalu akibat kecewa kerana gagal menyempurnakan titah, Hang Tuah enggan kembali ke istana dan menghilangkan diri di dalam sungai.

Tun Mamat pulang menyampaikan syarat peminangan kepada Sultan Melaka. Tanpa memahami maksud tersirat di sebalik syarat hantaran, Sultan Mahmud mengerahkan seluruh rakyat menyediakan tuntutan supaya baginda dapat memperisterikan Puteri Gunung Ledang.

Keadaan dalam negara menjadi kacau bilau apabila rakyat dikerah membina jembatan emas dan perak sehingga seluruh emas dan perak milik kerajaan dilebur. Tidak cukup dengan harta kerajaan emas dan perak penduduk turut dirampas.

Lebih zalim kalangan gadis dikerah berkurung dalam istana dan dipaksa menangis manakala rakyat lain dikerah mendapatkan pinang muda untuk diperah airnya walhal pinang muda tidak berair.

Selepas bertahun-tahun, akhirnya semua hantaran berjaya disediakan kecuali satu, yaitu semangkuk darah Raja Muda Melaka yaitu Raja Ahmad.

Sultan Mahmud diceritakan tidak sampai hati untuk membunuh anakandanya yang masih kecil tetapi hasutan nafsu menyebabkan baginda tidak mempedulikan apa-apa lagi. Lantas dada kecil Raja Ahmad cuba ditikam.

Bagaimanapun, ketika keris hampir menembusi dada anak-anak itu, tiba-tiba Puteri Gunung Ledang menjelma di hadapan Sultan.

Puteri itu menzahirkan kekecewaannya terhadap Sultan Mahmud yang sanggup menindas rakyat dan menumpahkan darah zuriatnya sendiri kerana tergila-gilakan wanita yang tidak pernah dikenali.

Puteri Gunung Ledang menjelaskan beliau menolak pinangan Sultan Mahmud dan rentetan kejadian itu akhirnya menginsafkan baginda.

Berbagai versi cerita

Sehingga kini ramai pihak bertanya-tanya di manakah letaknya jembatan emas dan perak yang kononnya sudah dibina. Melewati masa, tiada kesan tinggalan jambatan ditemui melainkan dalam kisah legenda semata-mata.

Menerusi laman sesawang informasi Wikipedia, tertera maklumat pihak tertentu percaya jambatan emas dan perak itu wujud tetapi tertimbus bawah tanah.

Wikipedia turut memaparkan versi lain kisah berkenaan antaranya Puteri Gunung Ledang tidak pernah mengemukakan tujuh syarat hantaran tetapi syarat itu direka Tun Mamat dan Hang Tuah dengan harapan Sultan Mahmud faham peminangannya ditolak.

Ada juga versi mengatakan Sultan Mahmud gagal menunaikan semua syarat pelik itu sekali gus menjelaskan jambatan itu tidak pernah dibina. Selain itu, satu lagi misteri dalam legenda Puteri Gunung Ledang ialah identiti sebenar wanita berkenaan.

Puteri raja dari Jawa

Ada juga cerita disebarkan kononnya Puteri Gunung Ledang bukanlah manusia tetapi ratu bunian, jin ataupun makhluk kayangan. Bagaimanapun, ada juga pihak dan pengkaji yakin Puteri Gunung Ledang adalah manusia iaitu puteri raja dari Jawa.

Puteri itu turut dikenali sebagai Raden Puteri Mas Nyawa, Gusti Puteri Adjeng Ratno Dumilah Sari, Raden Ratna Gumilah Sari, Raden Puteri Ratna Gumilah Sari dan Puteri Siti Jamilah binti Sultan Alam Fattah alAkbar.

Mengikut pendapat itu, ketika remaja, Puteri Gunung Ledang dihantar ayahandanya dari Jawa untuk menuntut ilmu agama di Pulau Besar, Melaka. Selepas itu, puteri berkenaan berpindah ke Gunung Ledang bersama pengikutnya untuk bersuluk dan mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Mengenai dakwaan kononnya Puteri Misteri Gunung Ledang adalah bunian atau jin, pihak skeptikal berhujah sememangnya gunung dan hutan menjadi kediaman jin dan tidak mustahil makhluk halus itu menyamar sebagai Puteri Gunung Ledang untuk menipu manusia.

Sumber : Bharian