Pusaka Keris Taming Sari, Dahulu kala, ada seorang Petapa, yang namanya Taming Sari. Beliau sedang bertapa di dalam sebuah gua di kerajaan Majapahit untuk tempoh 40 hari. Pada hari ke-39, datang seruan dari Raja Majapahit, memanggil Taming Sari untuk beradu kekuatan dengan seorang Laksamana di kerajaan Melaka. Oleh kerana tinggal sehari sahaja lagi tempoh pertapaannya untuk lengkap menjadi 40 hari, Taming sari amat kecewa namum titah raja perlu dijunjungnya.
Sepanjang perjalanan, beliau sempat menangkap seekor ular lalu menyepuhnya. Bertukarlah ular tersebut menjadi sebilah keris. Disisipnya keris tersebut ke pinggangnya sebagai senjata yang akan digunakan di dalam perlawanan di hadapan para sultan nanti.
Setelah tiba di Istana kerajaan Melaka, Taming Sari merafak sembah akan ketibaannya di hadapan Rajanya dan Sultan Melaka. Sebelum hal tersebut, Raja Majapahit sedang dalam lawatan ke kerajaan Melaka. Di sana, baginda sultan berkenan untuk beradu kekuatan dan kesaktian pahlawan terhandal di negeri masing-masing. Maka, dipintalah akan sultan melaka, sebagai hiburan dahulu kala, perlawanan antara perajurit adalah hiburan yang bermaruah. Maka, oleh sebab itu lah, Raja Majapahit mengeluarkan titah supaya didatangkan perajurit negerinya,
Si Taming Sari untuk datang ke Melaka untuk beradu kekuatan dengan Laksamana hang Tuah. Setelah tiba di balai rong seri negeri Melaka, maka saling adu kekuatan antara Taming Sari dengan Laksamana Hang Tuah sebagai persembahan hiburan Raja-Raja. Laksamana Hang Tuah yang terkenal dengan kehandalannya di medan perang yang tangkas lagi handal berlawan. Serangan Taming Sari langsung tidak mengena pada badan Hang Tuah. Manakala, serangan Hang Tuah pada Taming Sari, pun juga tidak dapat menembusi badannya.
PASARAN |
KLIK |
|
PASARAN SYDNEY |
98 92 93 91 28 23 21 18 12 13 |
|
PASARAN COLOMBO |
29 28 27 24 79 78 74 49 48 47 |
|
PASARAN SCOTLAND |
78 74 73 48 47 43 38 37 34 77 |
|
PASARAN SINGAPORE |
90 92 93 96 52 50 53 30 32 36 |
|
PASARAN JAMAICA |
40 49 47 42 90 97 92 20 29 27 |
|
PASARAN UGANDA |
79 74 75 72 29 24 25 49 45 42 |
|
PASARAN HONGKONG |
84 87 86 89 14 17 16 34 36 37 |
|
PASARAN KENYA |
28 20 26 24 80 86 84 98 90 96 |
|
PASARAN SLOVAKIA |
03 02 07 06 73 72 21 32 37 36 |
Setelah capek, mereka beristirahat. Raja pun pulang. Esok harinya, mereka sambung untuk saling berhadapan lagi di hadapan para raja. Perlawanan tersebut yang berlangsung selama tiga hari. Pada hari ke tiga, semasa beristirahat, Hang Tuah berfikir, jika begini terus, siapa yang akan memenangkan pertandingan, dan siapa yang akan kalah. Hang Tuah berfirasat ini adalah karena khasiat yang terdapat pada keris yang digunakan oleh Taming sari itu lah yang membuatkannya tak terkalahkan. Lalu, Hang Tuah mendapatkan sebuah ilham lalu berkata, “wahai Paman, selama tiga hari kita adu kekuatan dan kita sama-sama handal. Apa kata, jika kita gunakan kehandalan kita ini untuk menjadi Raja dengan tidak menghiyanati raja asing-masing. Hamba bunuh Raja paman, dan Paman bunuh Sultan hamba. Lalu, kita sama-sama menjadi sultan.” Taming Sari bersetuju karena hasutan Hang Tuah itu. Maka, sebagai persetujuan, Hang Tuah meminta supaya mereka bertukar Pusaka Keris Taming Sari. Maka, Taming Sari menukar keris yang ada padanya kepada Hang Tuah.
Pucuk dicita, ulampun tiba. Hang Tuah mengajak kembali Taming Sari untuk beradu kekuatan setelah bertukar keris. Kehandalan Hang Tuah menghadapi ketangkasan Taming sari berlawan. Maka, tertikamlah Taming Sari dengan keris miliknya yang di tangan Hang Tuah. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Taming Sari bersumpah terhadap kerisnya yang berada di tangan Hang Tuah “ siapa yang mengaku ini kerisnya, maka dia tidak akan selamat!”.
Setelah usai perlawanan, Raja Majapahit mengakui akan kehandalan Laksamana Kerajaan Melaka. Lalu, Hang Tuah mengembalikan keris milik Taming sari kepada Sultannya. Sumpahan Taming sari pun tidak diketahui oleh siapapun selain Hang Tuah.
Sepanjang Hang Tuah memegang keris sakti tersebut, beliau sama sekali tidak menisbahkan keris tersebut miliknya, ini keris Taming Sari, bukan keris ku. Akan tetapi, semasa amukan Hang Jebat, beliau mengakui Pusaka Keris Taming Sari sakti itu adalah miliknya, maka dia terkena sumpahan Taming sari, dia tidak akan selamat!
Sumber : mohamadfaizomar