Cerita Misteri Dari Cartoon Shin Chan - Ada beberapa pendapat dalam mengenai animasi Crayon Shin Chan yang memang terkenal di semua dunia. Ada yang berpendapat, animasi tersebut sangat menarik, lawak, lucu, mengemaskan dan sebagainya. Ada juga yang mendakwa ia tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak karena ada beberapa babak yang kurang sopan.
Namun begitu, apakah anda tahu sebenarnya ada satu kisah sedih dibalik animasi Shin Chan ditayangkan di Malaysia menerusi saluran NTV7 pada jam 7.00 petang setiap hari Sabtu?
Seri kartun dari Jepang karya Yoshito Usui ini yang memberikan anda gelak ketawa dan membuatkan anda rasa terhibur dengan setiap adegan Shin Chan, Himawari dan rekan-rekannya itu sebenarnya ada kisah lain disebaliknya.
Beberapa sumber info yang tentang Shin Chan yang kita tak tahu apa sebenarnya kisah sedih dibalik keceriaan yang ada pada diri anaknya yang berumur 5 tahun ini yaitu Shin Chan yang memang terkenal dengan sikapnya yang bandel. Yang membuat kita merinding ialah kisah sedih dari Shin Chan dan adiknya Himawari yang sangat menyentuh hati.
Antara kisah yang terkenal di Jepang ialah tentang seorang ibu yang kehilangan dua anaknya yang meninggal dunia dalam kemalangan. Ibu itu ialah Misae. Misae mempunyai dua orang anak, seorang bernama Shin Chan dan adiknya bernama Himawari.
Suatu hari, Shin Chan melihat adiknya yang berada di jalan raya kemudian datangnya kenderaan yang hampir melanggar adiknya itu. Melihat kejadian yang berlaku di mana adiknya berada dalam bahaya, Shin Chan berusaha untuk selamatkan adiknya. Tanpa diduga Shin Chan turut terkorban dalam kemalangan itu.
Misae sangat terkejut dengan kehilangan kedua-dua anaknya itu. Setelah itu, Misae mula membayangi satu kisah bahagia yang menggambarkan keceriaan kedua-dua anaknya bersama-sama dengan bermain krayon milik Shin Chan dan melukis pada bukunya setiap hari.
Kisah hidup Misae ini dijadikan inspirasi untuk anime Crayon Shin Chan ini. Shin Chan dan Himawari muncul dalam manga Crayon Shin Chan adalah bersumberkan cerita kedua-dua anak Misae yang meninggal dunia. Dengan manga yang diterbitkan, Misae berharap agar hidupnya kembali indah dan perasaan gembiranya yang ingin dikecapi bersama-sama dengan anak-anak.
Di khabarkan bahawa penulis, Yoshito Usui sempat menulis kisah ini di halaman pertama episod pertama Crayon Shin Chan. Selain itu, masyarakat Jepang menganggap ini merupakan kisah benar untuk dijadikan pedoman.
Namun begitu, apa yang boleh ammboi simpulkan disini, kisah tersebut masih lagi menjadi perdebatan antara peminat dan penonton di Jepang. Ada yang mengandaikan kisah itu hanyalah rekaan semata-mata dan ada juga yang menganggap ia benar-benar berlaku.
Apapun di Malaysia, Crayon Shin Chan lebih ramai yang menontonnya atau dibaca oleh kanak-kanak. Tapi di Jepang, anime ini merupakan kegemaran orang dewasa yang sangat suka untuk dijadikan hiburan mengisi masa lapang.
Walaupun kartun animasi Crayon Shin Chan mendapat tarikan di seluruh dunia, namun pada September 2009 negara matahari terbit itu digemparkan dengan kematian Yoshito Usui. Dia dipercayai meninggal dunia akibat terjatuh ketika mendaki di pergunungan Arafune, Jepang.
Banyak yang percaya Yoshito Usui mati akibat membunuh diri selepas mengalami tekanan perasaan sebelum itu. Walau bagaimanapun, kematiannya masih menjadi misteri sampai saat ini.
Demikian inilah cerita Misteri Dari Crayon Shin Chan